HUAWEI HONOR 8X CANGGIH DAN MAMPU MILIK?


Telefon HUAWEI Honor 8X menjadi model paling menarik yang menawarkan spesifikasi hebat di bawah RM1,000.

Ia mempunyai paparan 6.5 inci dengan nisbah 91 peratus skrin-ke-badan yang dilengkapi skrin FullView menggunakan teknologi cip-on-film (COF) canggih dan reka bentuk antena yang dipatenkan sehingga berjaya mengekalkan lebar sempadan skrin ke bawah fon hanya 4.25mm.

Selain itu, jika anda tidak suka kedudukan paparan di bahagian atas, anda boleh menutupnya. Honor 8X mempunyai skrin 19.5: 9 dengan resolusi FHD+ yang direka untuk memberikan anda pengalaman tontonan yang terbaik.

Ia bermakna sama ada anda bermain permainan atau menonton video, anda mempunyai rekaan yang cantik.

Honor 8X menggunakan kerangka aluminium dan mempunyai gelas aurora bertekstur 2.5D dengan kesan dinamakan grating. Maksudnya, sebahagian panel belakang mempunyai jalur matte yang memberikannya kelihatan seakan-akan dua tona warna yang cantik.

Selain itu, gelas belakang mempunyai pengimbas cap jari di tengah-tengah bersama dwikamera menegak di sebelah kiri atas.

Secara keseluruhan, 8X adalah telefon pintar yang ringkas dan elegan, ditambah pula bateri besar 3750mAh yang boleh bertahan sehingga dua hari.

Oleh kerana Honor 8x mempunyai paparan yang besar, ia juga memerlukan bateri yang lebih besar untuk memastikan telefon berfungsi lebih daripada sekadar beberapa jam dengan sekali cas.


PENGIMBAS cap jari di tengah-tengah bersama dwikamera menegak di sebelah kiri atas.
Syukurlah, Honor 8X mempunyai bateri 3750mAh yang bermakna kebanyakan pemilik boleh mendapatkan dua hari penggunaan dengan cas berbanding penggunaan telefon pintar biasa.

Pada masa sama, ia juga mempunyai ciri perkakasan yang hebat dibuat hanya untuk Kirin 710.

Ia termasuk sokongan teknologi GPU Turbo baru yang pertama kali dimasukkan dalam model Honor Play.

Apabila diaktifkan, ciri ini menawarkan pengalaman permainan yang lebih baik dan lancar kerana GPU dalam telefon boleh dirangsang menambah kadar bingkai yang lebih tinggi untuk permainan kegemaran anda di samping mengurangkan penggunaan kuasa.

Kamera dengan ciri AI juga dimasukkan dalam Honor 8X dengan dwikamera belakang iaitu sensor utama 20MP yang aperturnya f 1.8 dan sensor 2MP.

Telefon ini menyokong ciri berasaskan AI untuk kamera dapat mengenal pasti 22 kategori objek yang berbeza apabila anda merakam foto.

Ciri AI juga boleh memilih 500 senario dalam masa sebenar.

Kamera swafoto dengan sensor 16MP dan apertur f 2.0.

Biasanya, jika anda membeli telefon dengan paparan 6.5 inci, anda mungkin perlu membayar harga premium.

Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan Honor 8X dengan storan 128GB untuk hanya RM949.

Perlu diingatkan telefon ini juga mempunyai slot kad microUSB yang membolehkan anda menambah sehingga 400GB storan tambahan, sekali gus menambah ruang untuk menyimpan semua foto dan video anda.

HONOR 8X

• HARGA: RM949

• RAM: 4GB

• PEMPROSESAN: Kirin 710

• STORAN: 128GB

• SKRIN: 6.5 inci FHD+

• KAMERA: 20MP+2MP

• KAMERA DEPAN: 16MP

• BATERI: 3750mAh

• KENIPISAN: 7.8mm

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.