ANDA NAMPAK LEBIH PINTAR DAN BERGAYA JIKA MENGGUNAKAN iPHONE XR


Apple memasarkan iPhone XR dengan cara yang tidak dijangka, tetapi cukup bijak apabila ia bukan saja melambatkan pelancaran model berkenaan, tetapi turut mewujudkan sisi misteri di sekitarnya dan membuatkan ia kelihatan seperti iPhone yang ‘murah.’

Kepada peminat Apple yang setia dengan jenama itu, iPhone XR menawarkan cara lebih murah untuk mendapatkannya tanpa perlu membayar tinggi seperti XS.

Harga yang dikenakan pada iPhone XR adalah RM3,599 untuk model 64GB, RM3,849 untuk 128GB dan RM4,299 untuk 256GB.

Berbanding dengan model XS, gred iPhone XR dikurangkan kepada beberapa cara untuk mencapai harga murah.

Cuma beberapa ciri utama yang masih sama seperti sistem operasinya, iOS 12 dan sokongan cip pemprosesan A12 Bionic.

Lekuknya juga mengandungi kamera depan dan sensor sama dengan iPhone XS.

Bagi mereka yang tidak biasa membuat pemerhatian atau tidak melihat sendiri kedua-dua peranti itu mungkin sukar untuk membezakannya.

Perkara paling mengagumkan mengenai iPhone XS adalah kameranya dan walaupun iPhone XR juga menawarkan lensa sama, ia kurang dari segi sensor kedua telefoto dan beberapa trik untuk menampakkan gambar lebih cantik.


Oleh itu, anda tidak akan dapat zum dengan lebih jauh.

Bagaimanapun, anda masih boleh merakam gambar potret dengan mengaburkan latar belakangnya untuk memfokuskan subjek, tetapi tidak boleh mengambil gambar objek atau haiwan dengan cara sama.

Ini disebabkan perisiannya tidak dapat mengenal pasti subjek dengan mudah dengan sensor tunggal, berbeza dengan perkakas tambahan pada XS yang jauh lebih mahal.

iPhone XR hadir dengan LCD jenis ‘baru’ yang direka untuk membolehkannya membuat paparan melengkung.

Kesannya sama seperti skrin LCD yang Apple pernah buat sebelum ini.

Bagi sesiapa yang menggunakan peranti Apple siri terbaru yang mempunyai akses ke 3D Touch yang mana pengguna hanya perlu menekan skrin untuk membuka menu atau mengaktifkan ciri tertentu dalam aplikasi, ciri itu tiada pada model XR, sebaliknya anda perlu menekan lebih lama untuk itu.

iPhone XR juga mempunyai reka bentuk yang lebih tebal.

Malah, ia iPhone pertama yang hadir dalam pelbagai warna seperti, merah, biru, putih, kuning, koral dan hitam.

Dari segi hayat baterinya pula, ia mampu bertahan 90 minit lebih lama daripada model 8Plus.

Sejak beberapa tahun hayat bateri Apple sangat mengecewakan, tetapi dengan iPhone XR pengguna tidak lagi perlu bimbang.

Kesimpulannya, daripada tiga model iPhone yang dilancarkan pada tahun ini, iPhone XR agak menakjubkan bukan kerana kekuatan spesifikasi, tetapi lebih menjimatkan anda.

IPHONE XR

• CIRI: iPhone dengan warna berbeza

• PRO: Skrin LCD cantik

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.