SAMSUNG BAKAL LANCAR GALAXY S11 DALAM MASA TERDEKAT


SAMSUNG dikatakan bakal melancarkan peranti pintar kelas premium mereka pada pertengahan Februari depan sekali gus menghangatkan lagi khabar angin bahawa siri Galaxy S11 akan diperkenalkan.

Berdasarkan garis masa pada tahun sebelumnya, Samsung melancarkan siri Galaxy S pada suku pertama setiap tahun manakala siri Galaxy Note pada suku keempat.

Ia menguatkan lagi spekulasi bahawa majlis pengenalan peranti baharu Samsung dipercayai akan diadakan pada 18 Februari adalah pengenalan kepada Galaxy S11.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Samsung mengekalkan kod nama untuk Galaxy S siri ke-11 atau wujud dakwaan bahawa syarikat berkenaan akan melancarkan siri seterusnya dikenali S20.

Imej pengolokan peranti Galaxy S11 atau S20 itu sudah tertiris menerusi sebaran Internet dan ia menunjukkan pelan janaan imej (CAD) dengan panel belakang yang memperlihatkan tetapan tiga kamera.

Tiga kamera yang dapat dilihat di dalam gambar ini ialah lensa sudut ultra-lebar, lensa utama dan akhir sekali lensa zoom periskop.

Galaxy S11 berkemungkinan besar dilengkapi sensor 108-Megapixel yang diharap dapat memberikan kemampuan fotografi terbaik pada telefon pintar.

Dapat dilihat butang kuasa dan suara pada sisi kanan seperti imej yang tertiris sebelum ini.

Bagaimanapun, persoalan yang timbul adalah masih tidak kelihatan imej tertiris merakam sensor TOF dan flash.

Pastinya, Samsung akan memperkenalkan siri terbaharu Galaxy S menerusi kuasa kamera selain kelicinan sistem pemuka sedia ada.

2 ulasan:

  1. Kamera 108MP pada Galaxy S11 memang sangat mengagumkan - Samsung benar-benar menetapkan standard baharu untuk fotografi telefon pintar. Apa yang menarik ialah bagaimana teknologi canggih seperti ini kini boleh dijangkau oleh lebih ramai pengguna biasa. hvac emergency service

    BalasPadam
  2. Users looking for a simple betting and casino access point often prefer winbuzz for clear updates and practical account guidance. The platform shares useful details for deposits, withdrawals, casino games, and sports betting in one place. Many visitors also check cricket id steps before getting started, which makes navigation easier for regular use. You can explore winbuzz login for account access and review Cricket ID information for smooth entry into cricket betting activity.

    BalasPadam

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.